Home > Our Experiences > Mother Tongue > Malay > Program & Aktiviti

Program & Aktiviti

Pengalaman Kami

Hari Kebudayaan Darjah 4 (P4 MT Cultural Day)

Objektif program ini: Murid mempelajari tentang budaya Melayu melalui pengalaman secara langsung

Melalui program sehari yang djalankan pada Mac 2020, kami telah memperkenalkan budaya Melayu kepada murid-murid. Kami berjaya memberi peluang kepada murid-murid untuk melalui suatu pengalaman yang tidak akan mereka lupakan. 

Murid-murid mencuba pelbagai jenis permainan tradisional seperti baling tin, bola lubang, main lereng dan tarik upih. Selain daripada itu, kami turut memberi peluang murid mengalami pengalaman menganyam alas minuman dan bermain angklung. Murid-murid dapat bergembira dengan rakan-rakan sebaya serta mempelajari nilai-nilai teras sekolah, seperti berdaya bingkas dan bekerjasama. Ini semua dapat dilakukan dalam suasana selamat dan santai.

malay dept 32020.png


Pelajaran Bahasa Melayu yang menerapkan ICT

Objektif pelajaran seperti ini: Murid dapat belajar dalam suasana ICT yang selamat serta mempelajari kemahiran bahasa dan nilai –nilai ICT yang autentik

Di sekolah kami, kami akan mendedahkan murid-murid dengan alat-alat ICT yang bersesuaian seperti SLS, Kahoot, Sokratis dan bermacam-macam lagi. Kami yakin alat-alat ICT ini akan memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik untuk murid-murid kami. Kami telah merancang beberapa pelajaran BM yang menerapkan ICT. Selain daripada dapat belajar dalam keadaan ICT yang menyeronokkan, murid-murid juga akan dapat belajar nilai-nilai murni ICT (cyberwellness) bersama rakan-rakan mereka.


Pakej Menulis (Darjah 3- 6)

Objektif pakej ini:
    (i) Murid dapat mengenali bahagian dan elemen-elemen karangan
    (ii) murid dapat mengembangkan isi karangan dan
    (iii) murid dapat menyusun idea mengikut tajuk atau gambar

Kami berharap pengajaran penulisan karangan akan lebih tersusun dengan adanya pakej menulis ini. Kami mengajarkan komponen-komponen penting yang perlu ada dalam karangan. Kedua-dua bahagian bahasa dan isi akan ditekankan. Contohan-contohan karangan juga akan turut dipaparkan kepada murid supaya murid akan lebih terpandu apabila menghasilkan karangan.

Dari segi pengajaran pemeringkatan, fokusnya berbeza-beza. Kami akan memberikan tumpuan kepada perkataan dan frasa untuk murid-murid darjah rendah (Darjah 1-2). Fokus untuk murid-murid darjah pertengahan (Darjah 3-4) pula, adalah pembinaan ayat dan perenggan yang betul. Akhir sekali, penulisan karangan penuh, yang merangkumi pelbagai aspek Bahasa dan Isi pula adalah tumpuan untuk murid-murid darjah atas (Darjah 5-6). 

malay dept 4 2020.png


Program Bacaan Luas 

Objektif program ini: 
    (i) Murid memupuk minat dan tabiat membaca di kalangan murid,
    (ii) meluaskan perbendaharaan kata murid dan 
    (iii) meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid

Kami amat menggalakkan murid-murid untuk membaca. Pakar akademik telah banyak berkongsi tentang faedah-faedah membaca. Oleh itu, kami harap ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak anda meminjam buku-buku cerita dalam Bahasa Melayu sama ada dari perpustakaan sekolah ataupun perpustakaan nasional.

Oleh itu, kami yakin murid-murid yang rajin membaca akan dapat meningkatkan perbendaharaan kata mereka. Ini sekaligus dapat membantu mereka menghasilkan karangan yang baik dan dapat berkomunikasi dengan lebih yakin dalam Bahasa Melayu.

Selepas membaca, murid-murid digalakkan mengisi log membaca dengan butiran buku-buku yang telah mereka baca. Kami juga menggalakkan murid-murid untuk berkongsi buku-buku atau bahan-bahan bacaan yang menarik kepada kawan-kawan mereka yang lain.

Kami menyediakan kegiatan pasca-membaca yang bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid. Kegiatan ini termasuk melukis watak kegemaran mereka atau menerangkan tentang babak kegemaran mereka dalam buku yang telah mereka baca itu. Kami turut menyarankan murid-murid Darjah 4-6 untuk menulis ulasan buku.