Overview
Malay
Visi
Kami percaya murid-murid kami akan menjadi murid-murid yang dapat berkomunikasi dengan yakin dalam Bahasa Melayu serta menunjukkan nilai-nilai yang murni.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Reseptif ialah kemahiran-kemahiran yang memerlukan murid menerima, memproses dan memahami makna dalam sesuatu bentuk tugasan atau aktiviti. Kemahiran mendengar dan membaca merupakan Kemahiran Reseptif.
Kemahiran Produktif pula melibatkan penciptaan atau penghasilan sesuatu bentuk tugasan.Kemahiran bertutur dan menulis merupakan Kemahiran Produktif.
Kemahiran Reseptif dan Produktif ini ialah kemahiran asas yang diperlukan oleh murid-murid dalam pemorelahan dan penguasaan bahasa supaya murid-murid dapat berkomunikasi dengan yakin.